NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adam Adli perlu kemuka bukti, bukan tuduh melulu - Shahidan

BANGI, 19 Jamadilawal 1444H, Rabu – Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim perlu mengemukakan bukti kukuh sebelum menuduh berlaku gejala rasuah dalam dunia sukan negara.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Tan Sri Shahidan Kassim berkata, tidak wajar seorang menteri membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti.

“Sila buktikan badan sukan mana yang terlibat dengan rasuah.

“Jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadap dakwaan yang tidak berasas ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Adam mendakwa masalah korupsi antara punca industri sukan negara gagal berkembang pesat.

Shahidan menegaskan, kenyataan berkenaan tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang timbalan menteri, sepatutnya beliau mendapatkan maklumat yang betul sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Shahidan turut mengingatkan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu supaya tidak melemparkan kenyataan tidak berasas sebaliknya mula mempertahankan badan-badan sukan di negara ini.

“Jangan sekali-kali hendak menjadi juara dengan melemparkan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas dan kurang fakta.

“Sila dapatkan maklumat lengkap bagaimanakah badan-badan sukan diuruskan oleh orang-orang yang dipilih,” katanya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo