NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adakah tugas pertama Azalina sebagai Menteri Undang-undang, tukar Peguam Negara, bebas kes Zahid?

Pelantikan Peguam Negara (AG) adalah atas nasihat perdana menteri maka dia harus melantik orang dia untuk mudahkan segala urusan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Azalina Othman Said.

Berucap pada majlis Taklimat Khas Presiden Umno di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur hari ini, Azalina berkata bahawa sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri perlu melantik daripada “orang dia “untuk memudahkan urusan.

"Pelantikan peguam negara adalah atas nasihat PM dan PM harus melantik orang dia sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan.

"Jika kuasa penukarkan AG di tangan PM, mengapa PM tidak menukarkan AG, malah ia adalah bidang kuasa PM.

"Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG pun tak boleh," katanya bersambut sorakan kuat daripada para hadirin.

Walaupun, Azalina yang juga ahli parlimen Pengerang tidak menyebut nama, namun para hadirin menjerit 'Ismail Sabri perlu tukar AG'.

Taklimat khas hari ini adalah solidariti kepada bekas perdana menteri Najib Abdul Razak yang kini di penjara di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi hukuman 12 tahun dalam Kes SRC International Bhd.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menuduh Ismail Sabri sebagai tidak bersungguh-sungguh dalam kes Najib.

Malah, beberapa sumber mendakwa bahawa ada pihak dalam Umno juga meminta Ismail supaya menukar Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat dan Peguam Negara Idrus Harun.

Tengku Maimun dilantik sebagai ketua hakim ketika pemerintahan Pakatan Harapan, sementara Idrus dilantik oleh Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo