NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 stesen minyak, 2 kilang pembungkus minyak masak terjejas di Kelantan

AZMAN ketika sidang media Walkabout Pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas di Mydin Tunjong Hypermarket, di sini, hari ini. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI


Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengesan tiga stesen minyak dan dua kilang pembungkus minyak masak di negeri terjejas susulan banjir yang berlaku pada Ahad lalu.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, tiga stesen minyak berkenaan ialah di Melor, Bachok dan Tumpat, manakala kilang pembungkus minyak adalah di Beris dan Pasir Puteh.

Katanya, bagaimanapun stesen minyak berkenaan hanya ditutup selama dua hari berikutan berlakunya hujan lebat yang di luar jangka, namun ia sudah kembali beroperasi sepenuhnya dua hari lalu.


"Manakala kilang pembungkus minyak masak di Beris masih lagi ditutup dan belum beroperasi disebabkan mesin memproses mengalami kerosakan akibat ditenggelami banjir.

"Di Pasir Puteh pula operasi tergendala disebabkan pekerja kilang tidak boleh datang bekerja disebabkan jalan utama ke kilang berkenaan dinaiki air, namun ia kini sudah kembali beroperasi.

"Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan bekalan minyak masak memandangkan KPDN sentiasa bersedia berdepan bencana seperti mewajibkan kilang pembungkusan minyak masak paket supaya menyediakan 1.7 tan metrik stok penimbal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengadakan Walkabout Pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas di Mydin Tunjong Hypermarket, di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Azman berkata, pihaknya mengagihkan sebanyak 10 tan metrik bantuan makanan keperluan asas kepada mangsa banjir membabitkan 511 ketua keluarga di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

"Misi bantuan ini dilaksanakan selama tiga hari membabitkan PPS di Kuala Krai, Kota Bharu dan Bachok, manakala esok pula akan diadakan di Pasir Puteh serta Tanah Merah.

"Saya berharap sumbangan bekalan makanan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir yang amat memerlukan di saat mereka berhadapan dengan bencana banjir," katanya.


Sumber I Harian Metro 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo