NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 beradik maut direnjat: Hormati privasi keluarga, henti tular video

Jiran mangsa Wan Mohd Kamil Wan Daud ,52, menunjukkan tempat kejadian tiga beradik itu maut terkena renjatan elektrik, pagi tadi. (Gambar Bernama)


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati orang ramai untuk berhenti menularkan video tiga beradik maut dipercayai terkena renjatan elektrik di rumah mereka yang dilanda banjir di Kelantan hari ini, bagi menghormati mangsa dan privasi keluarga.

Dalam kenyataan hari ini, SKMM memaklumkan langkah itu bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden berkenaan.

Dalam masa sama, SKMM berkata pihaknya juga telah mengambil langkah proaktif mengangkat perkara berkenaan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh penyedia platform seperti Meta, Twitter dan TikTok dalam usaha mengekang penularan video berkaitan.

Suruhanjaya itu turut menasihatkan pengguna media sosial untuk membuat laporan secara terus terhadap kandungan sensitif dan tidak sesuai untuk tatapan umum kepada penyedia platform.

Ketiga-tiga mangsa Noor Fathiah Mohd Nadzir, 27; Sakinah, 29, dan Nurul Syazwani, 33, dilapor meninggal dunia di tempat kejadian pada kira-kira 11.30 pagi tadi ketika berjalan kaki mengharungi banjir di rumah mereka di Kampung Bendang Surau dekat Morak di Kota Bharu.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo