NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

161,063 layak mengundi di Padang Serai dan Tioman, esok

Bendera parti politik yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman. - Foto fail BERNAMA


KUALA LUMPUR: Seramai 132,955 orang bakal mengundi di Parlimen Padang Serai dan 28,108 pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, esok.

Sebanyak 46 pusat mengundi, dengan 230 tempat mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Padang Serai, yang membabitkan 2,468 petugas.

Bagi pengundian DUN Tioman pula, sebanyak 17 pusat mengundi, dengan 52 tempat mengundi akan dibuka, membabitkan 506 petugas.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak, dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya sudah menjalankan semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi dan petak undi untuk kegunaan bagi proses pengundian di kedua-dua lokasi terbabit.

Beliau berkata, semakan itu bertujuan memastikan semua peralatan atau kelengkapan bagi pengundian, lengkap dan berkeadaan baik serta diagihkan kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) bagi setiap saluran mengundi.

Beliau juga menasihatkan supaya pengundi keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti yang tertera pada aplikasi MySPR Semak dan tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir.

"Jika pengundi tidak dapat hadir pada masa keluar mengundi yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari jam 8 pagi hingga 6 petang atau waktu yang diwartakan.

"Majikan diingatkan supaya membenarkan pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.

Indera Ikmalrudin berkata, pengundi yang positif COVID-19 disarankan berhubung terus dengan Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) bagi mendapatkan maklumat lanjut bagi memudahkan urusan pengundian esok.

Pada masa sama, SPR mengingatkan pengundi, calon dan petugas yang ingin memasuki pusat mengundi untuk tidak memakai baju atau membawa bahan yang mempunyai simbol, slogan, gambar parti atau calon yang bertanding.

"Semua pihak diingatkan untuk mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya. Sesiapa yang gagal mematuhi atau melanggar peruntukan ditetapkan boleh dihalang daripada memasuki pusat mengundi.

"Pengundi juga dilarang menggunakan telefon bimbit di saluran mengundi," katanya.


Sumber I BH Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo