NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid menyorok di Bagan Datuk, Anwar jelajah merata-rata, Muhyiddin dah balik Pagoh


PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk berkubu di kawasannya dalam penghujung kempen malam ini manakala Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dijadualkan aktif melawat pelbagai kawasan.

Ahmad Zahid dijadualkan menyertai acara berselawat di kawasan Bagan Datuk malam ini bersama pendakwah bebas Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew.

Poster program yang disiarkan Ahmad Zahid di pelantar Twitter mengundang orang ramai dengan kapsyen “malam ini bersama Ebit Lew, semua dijemput hadir”.

Acara Jom Selawat dijadualkan berlangsung di Waterfront Bagan Datuk bermula jam 9.45 malam itu salah satu kempen beliau mengekalkan kerusinya yang disandang sejak lima penggal itu.

Hantaran grafik dengan latar belakang muzik selawat itu setakat ini dilihat sekitar lebih 10,000 pengguna media sosial itu.

Ia turut disambut dengan komentar negatif pengguna yang tidak senang dengan Ahmad Zahid dan juga kehadiran Ebit kerana pencaramah itu berhadapan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Antaranya, pengguna Twitter dengan nama @ChekMad yang berkata, Ebit dan Ahmad Zahid kedua-dua individu terbabit berkongsi persamaan kerana berdepan kes mahkamah.

“Bukan nak mengata tapi dua-dua ada kes mahkamah yang sedang berjalan dan belum selesai,” katanya.

Pandangan sama dilontarkan seorang pengguna Twitter dengan nama @Paduka yang berkata: “Eloklah tu, dua-dua ada kes sedang berjalan.”

Ahmad Zahid dibebaskan daripada 40 tuduhan rasuah berkaitan Sistem Visa Luar Negara (VLN) di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada September lalu.

Beliau bagaimanapun masih sedang membela diri bagi sedang membela diri terhadap 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akal Budi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bekas timbalan perdana menteri itu berhadapan saingan dari Dr Muhammad Faiz Na’aman dari PN, Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH) dan Tawfik Ismail (Bebas).

Zahid ni kalau BN kempen dia jadi PM, BN boleh kalah. Kalau Zahid dikatakan bersama PH nak jadi TPM, Anwar boleh tersungkur. Mananya Zahid sesuai meyorok di Bagan Datuk ajelah.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim pula dijadualkan bergerak ke pelbagai tempat bagi menghadiri program dan ceramah kempen.

Beliau dijadualkan berada di Titiwangsa pada pukul 1 petang diikuti program di Parlimen Shah Alam sejam kemudian.

Kira-kira pukul 5.30 petang Anwar dijadualkan berda di Kangar, Perlis, bagi program ceramah mega di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad dan di Kuantan pada 8.30 malam untuk ceramah perdana.

Beliau dijadualkan kembali semula ke Kuala Lumpur, menamatkan kempen hari ini di Parlimen Bandar Tun Razak, dengan siri ceramah mega Anwar Ibrahim.

Kawasan itu ditandingi isterinya Dr Wan Azizah Ismail.

PRU15 dijadual berlangsung pada Sabtu, 19 November depan. – 17 November, 2022.

Sementara itu Tan Sri Muhyuddin di Pagoh menyelar tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi kelihatan tidak terlalu menyerang sesama sendiri sepanjang tempoh berkempen menguatkan lagi dakwaan wujud perjanjian “gelap” BN-PH akan membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, tindakan itu menguatkan lagi dakwaan apabila Anwar dalam siri jelajah kempen di kawasan Zahid di Parlimen Bagan Datuk Isnin lalu, langsung tidak menyerang walaupun menyedari presiden Umno itu terpalit dengan kes rasuah.

“Saya pun bila lihat apasal Anwar pergi ke Bagan Datuk, di mana kawasan Zahid, dia tak sentuh langsung (serang zahid), jadi apakah betul pandangan sesetengah pihak seolah-olah ada bentuk satu persefahaman ataupun kerjasama (PH-BN) kalau tak cukup bilangan, yang saya dengar dia (Zahid) nak bergabung dengan Anwar.

“…jadi terjadilah…kau datang tempat aku, kau jangan serang aku, atau pun aku datang tempat kau, aku tak serang kau, agaknya begitulah, takkan Anwar tak tahu dia pernah jadi TPM (timbalan perdana menteri).

“Anwar tahu Umno korup, salah guna kuasa, penyelewengan, ada sudah masuk penjara, kes kluster mahkamah di hadapan dia, yang itu dia tak serang, saya ini apa ada, kalau ikut kes tiada, kenapa saya diserang,” katanya selepas menghadiri program ramah mesra bersama penduduk Kampung Jawa.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo