NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid Hamidi dan Ahmad Maslan nama Allah pun dipermainkan


Ini cerita sebelum ini...

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah bersumpah di hadapan beberapa ahli Parlimen parti itu bahawa beliau tidak akan menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau menjadi saksi bahawa Ahmad Zahid melafazkan sumpah tersebut termasuk menolak kerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

“Baru-baru ini ada pertemuan dengan presiden (Ahmad Zahid) dan saya ingin mengatakan di sini bahawa apabila ada tuduhan yang beliau ingin membawa UMNO ini bersama PH dan DAP.

“Presiden UMNO telah bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi bahawa beliau tidak akan menyokong Anwar untuk jadi perdana menteri dan tidak akan bersama dengan PH dan DAP di hadapan beberapa ahli Parlimen.

“Saya ada ketika itu, ini baru lagi baru sehari dua yang lalu. Jadi tuduhan terhadap beliau itu adalah yang tidak berasas,” katanya dalam program bual bicara secara maya di NRChannel TV pada Selasa.


Kemudian...

Media mendedahkan, pimpinan PH dan BN bakal mengadakan pertemuan rahsia di Hotel Seri Pacific, kira-kira jam 10 pagi ini, bagaimanapun perincian pertemuan itu tidak didedahkan.

Malam tadi, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, BN tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan berhubung penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Puak terdesak tak nak masuk Penjara Sungai Buluh dia boleh buat apa sahaja termasuk mempermainkan nama ALLAH s.w.t.


NASIR RAMLEE




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )
  1. Penyamun, perasuah, pgkhianat dan penipu tk blh berpisah dgn umnobn.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo