NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Yang hebat dalam UMNO dicantas, Jamal Yunos pulak dapat slot


Sebenarnya ramai yang kena pancung dalam senarai pemilihan calon BN pada PRU15 nih... ramai pulak yang dipindahkan di tempat-tempat yang agak kritikal... kawasan yang payah nak menang...

Tapi itulah UMNO.. itulah Barisan Nasional...

Setiap sesuatu itu bukan sekadar sengaja disusun begitu tapi ader melibatkan perkiraan untung rugi pada pemilihan dalam kepimpinan UMNO yang dijangka akan dibuat sekitar bulan Mei atau Julai 2023.

Ahmad Zahid Hamidi mesti akan menyusun orang-orang yang akan memberikan sokongan kepadanya untuk kekal menjawat jawatan Presiden UMNO ... begitu juga Tok Mat.... pasti akan susun juga...

Jadi ... Kemungkinan kalu Khairy Jamaluddin gagal di Parlimen Sungai Buloh.... maka kedudukan Ahmad Zahid Hamidi akan lebih selamat... tidak akan digugat...

Tapi yang cukup pelik adalah hilangnya Noh Omar dari persada politik PRU15 dengan ketiadaan pencalonan untuknya.... Agak pelik bila seseorang yang statusnya cukup tinggi dalam UMNO Selangor telah dikesampingan... aper hal agaknya??

Tetiba jer Jamal Yunos pulak yang dapat slot... huhuhu..

Adakah akan berlaku pemberontakan dari dalam?

CIPAN & TAPIR

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo