NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warisan tak boleh buat apa-apa, kata Dr M


KOTA KINABALU:
Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad nampaknya menolak kemungkinan membentuk pakatan dengan Warisan dan mendakwa parti itu tidak dikenali di Semenanjung Malaysia.

Katanya, Pejuang hanya akan bekerjasama dengan parti politik yang mempunyai kualiti tertentu dan pemimpinnya tidak terbabit dalam kes mahkamah.

Bekas perdana menteri itu berkata, Warisan ialah parti baharu dan hanya dikenali terutamanya sebagai parti Sabah.

“Tetapi, walaupun di Sabah, mereka hilang banyak sokongan dan ramai pemimpinnya keluar parti. Jadi, apa yang Warisan boleh buat? Tiada apa-apa,” katanya ketika melancarkan Pejuang Sabah di sini.

Warisan ditubuhkan pada 2016 selepas Shafie Apdal digantung oleh Umno.

Sebelum ini, Mahathir menyokong Shafie sebagai calon perdana menteri ketika krisis politik pada 2021, apabila kerajaan Perikatan Nasional tumbang.

Tetapi, bulan lalu, Shafie menyalahkan Mahathir dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim atas kebuntuan politik di negara ini.

Subscribe to our newsletter and get new



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo