Anggota bomba menemui mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dikerumuni serangga itu yang masih berterbangan sekitar tubuhnya. - Gambar hiasan/ Wikipedia |
MIRI: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan di Taman Bulatan Miri di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan mangsa dikenali sebagai Chin Tet Min @ Chin Tet Bui, 72.
Beliau berkata panggilan mengenai penemuan warga emas itu diterima pada 2.57 petang dan satu pasukan dari Balai Bomba Dan Penyelamat Miri Sentral digerakkan ke lokasi kejadian.
"Komander Operasi melaporkan terdapat seorang lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan terbaring serta tidak sedarkan diri dikerumuni serangga itu yang masih berterbangan sekitar tubuh mangsa.
"Pihak bomba telah menjumpai satu sarang tebuan di atas sebatang pokok dengan anggaran ketinggian 70 kaki dari tanah," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Katanya pihak bomba kemudian mengalihkan Chin menggunakan baju khas pelindung dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi mengesahkan mangsa yang tidak sedarkan diri itu sudah meninggal dunia.
-- BERNAMA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment