NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita GPS tidak desak jawatan Kabinet (Orang pening siapa PM, mereka bincang kabinet dah...)


KUCHING:
Sayap Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan mendesak pucuk pimpinan parti untuk mencadangkan wakilnya bagi mengisi jawatan Kabinet jika terbentuknya kerajaan campuran membabitkan GPS.

Pengerusinya, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata sebaliknya pihaknya menyokong apa sahaja keputusan demi keharmonian dalam parti.

"GPS kini mempunyai lima wakil wanita di Parlimen, tetapi kami tidak akan mendesak untuk pelantikan jawatan Kabinet jika GPS terbabit dalam pembentukan kerajaan campuran," katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu lalu, semua lima wanita yang ditampilkan GPS berjaya memenangi kawasan masing-masing.

Mereka ialah Datuk Seri Nancy Shukri (Santubong), Datuk Rubiah Wang (Kota Samarahan), Datuk Hanifah Hajar Taib (Mukah), Datuk Seri Doris Sophia Brodie (Sri Aman) dan Rodiyah Safiee (Batang Sadong).

Sebelum PRU15, GPS hanya mempunyai seorang wakil wanita iaitu Nancy di dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kali terakhir GPS memiliki dua wakil wanita di dalam Kabinet Persekutuan ialah ketika masih bersama Barisan Nasional (BN) pada 2013 iaitu Nancy dan Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Sementara itu mengenai pendirian wanita GPS jika GPS bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai DAP atau Perikatan Nasional (PN) termasuk PAS, Fatimah berkata, pihaknya tetap dengan pendirian yang dinyatakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

"Premier sudah mengeluarkan kenyataan hari ini yang kekal dengan pendirian untuk mengemukakan cadangan untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan daripada gabungan yang terdiri daripada PN, BN, GRS dan GPS," katanya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo