Sewaktu negara kita menghadapi ancaman wabak Covid-19, pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Tan Sri Muhyiddin telah melancarkan beberapa Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu kebajikan orang ramai.
Inisiatif kerajaan PN dalam mentadbir negara sebelum ini berjaya memberi kesan positif kepada rakyat. Manifesto PN Best jelas menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat termasuk kaum wanita di Malaysia selaras dengan motonya “Prihatin, Bersih, Stabil”.
Ikuti pandangan wanita-wanita hebat di Sepang terhadap inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan Perikatan Nasional juga pelan bantuan yang bakal ditawarkan kepada mereka.
Bantuan BPN, KWSP i-Lestari, i-Sinar
“Bantuan Prihatin National (BPN) yang saya terima semasa kerajaan PN telah membantu saya dari segi pembayaran bil semasa dan pembelian makanan kerana pada waktu tersebut ramai orang tidak dapat keluar dan bekerja,” kata Vinteya, 28, Meja Perkhidmatan.
Menurut Nur Amelia, 28, Khidmat Pelanggan, beliau menerima bantuan seperti BPN dan KWSP dan kedua-duanya telah membantu dari segi pembelian barang dapur.
Moratorium Pinjaman
Jasmine Ruth, 42, Doktor, berkata pada waktu itu selama 6 bulan dan untuk 6 bulan berikutnya, kita tidak perlu membayar pinjaman perumahan dan sebagainya.
Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP)
Mengulas lanjut, Jasmine berkata bahawa pusat panggilan “call centres” berjaya melakukan kerja yang baik dalam mengingatkan orang ramai tentang temu janji imunisasi mereka dan keseluruhan program telah dijalankan dengan sangat baik.
“Vaksin percuma yang diberikan kepada rakyat adalah satu usaha yang bagus kerana ini memberi perlindungan awal dari Covid-19,” ujar Nur Amelia.
“Apabila vaksin tersebut diberi secara percuma, ini menggalakkan orang ramai untuk mengambilnya jadi saya pasti ia sangat membantu pada masa itu,” kata Vinteya.
DanaNita menggalakkan wanita agar bangkit berniaga
“Semoga dengan manifesto baru PN seperti DanaNITA dan semua program berasaskan wanita yang akan datang, membantu meningkatkan keyakinan dan dapat meningkatkan lebih banyak peluang kepada wanita untuk memperbaiki diri, memotivasikan mereka, dan menggalakkan mereka untuk menjadi lebih baik sama ada dalam dunia perniagaan atau dunia korporat,” ulas Jasmine.
“Initiatif tersebut sangat bagus kerana ini akan dapat membantu ibu-ibu tunggal yang terjejas dalam pandemik Covid-19 dan bantu mereka untuk membina semula kerjaya ataupun dalam perniagaan,” kata Nur Amelia.
Beliau juga berharap untuk mendapat kerajaan yang bebas rasuah dan yang dapat menjaga kebajikan rakyat.
“Sebagai seorang wanita, saya benar-benar berfikir bahawa kerajaan yang akan datang, tidak kira siapa, mestilah adil, neutral terhadap jantina, dan memberi peluang yang sama,” ujar Jasmine.
Ketua Wanita Perikatan Nasional Datuk Seri Rina Mohd Harun ialah calon bagi kerusi P133 Parlimen Sepang.
Sumber I Malaysiakini
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment