NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Saiful: PM gagal beri jaminan kerajaan tak jalankan 'witch hunt'



Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan hari ini mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika berucap pada perhimpunan bulanan di Dataran Perdana Putra di Putrajaya hari ini, gagal memberi jaminan bahawa pentadbirannya tidak akan menjalankan "witch hunt" terhadap pegawai-pegawai yang menentang kerajaan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mendakwa Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dengan bongkak mengugut akan “mencari” penjawat awam yang sekadar menjalankan tugasan mereka.

Dia merujuk kenyataan ahli parlimen Pandan itu yang semasa kempen PRU15 lalu memberi amaran kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki bahawa kerajaan baharu Pakatan Harapan akan membuka semula siasatan berhubung dakwaan skandal pegangan sahamnya.

"Adakah membalas dendam ini masih lagi menjadi polisi senyap kerajaan Pakatan Harapan?

"Anwar sepatutnya segera memberi jaminan bahawa sikap dendam terhadap penjawat awam tidak akan dibiar berleluasa di Putrajaya," kata Wan Saiful.

Rafizi, semasa dalam kempen PRU15 di Johor Bahru, telah memberi amaran kepada Azam susulan beberapa serbuan SPRM ke atas syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd yang didakwanya bermotifkan politik.

Azam Baki

Wan Saiful juga mendakwa Rafizi sedang melobi untuk jawatan menteri kewangan, sementara perbincangan sedang berjalan antara PH, BN, dan GPS berhubung pembentukan kabinet.

"Sekiranya sikap dendam ini dibawa ke kementerian yang sebegitu penting, apa akan jadi kepada pentadbiran negara?

"Mungkinkah peruntukan akan dipotong begitu saja jika dia tidak suka kepada individu tertentu?" sindirnya.

Wan Saiful mendakwa isyarat pertama institusi-institusi penting negara berada dalam keadaan bahaya ialah sekiranya ada pegawai-pegawai kanan kerajaan ditukar atau dihentikan atas sebab dendam politik kerajaan PH.

Anwar dalam ucapan sulungnya, pagi tadi menegaskan dia tidak berminat untuk mengorek kisah lalu dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Dia yang baru dilantik sebagai perdana menteri empat hari lalu, berkata perkara yang lebih penting ketika ini adalah mengembalikan imej perkhidmatan awam yang semakin merosot ke tahap lebih tinggi.

Untuk membina semula negara, perdana menteri menegaskan penting untuk penjawat awam bersamanya.






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo