NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Rosdy kekal MB Pahang menerusi kerjasama BN-PH?


KUANTAN –
Kemelut politik di Pahang bakal terungkai apabila Barisan Nasional (BN) dijangka memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri.

Melalui kerjasama itu, Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dijangka terus mengekalkan jawatan Menteri Besar dan turut mendapat sokongan PH.

Sumber memaklumkan, setakat ini, ia hanya bergantung kepada perkenan Sultan Pahang.

“Namun demikian ia terpulang atas perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” kata sumber.

PH dan Perikatan Nasional (PN) telah membuat rundingan dengan BN namun difahamkam BN Pahang dijangka memilih PH yang mempunyai lapan kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memasuki hari ketiga selepas keputusan PRU15 Sabtu lalu, kerajaan negeri masih ‘tergantung’ kerana tidak ada mana-mana gabungan parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Ini bermakna secara tidak langsung BN menolak kerjasama dengan PN yang memperoleh 17 kerusi DUN di negeri ini.

Terdahulu Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengadakan perbincangan dengan Wan Rosdy hari ini.

Sementara itu, Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah berkata, perbincangan sudah dibuat oleh DAP namun rundingan dengan BN negeri akan dijalankan oleh Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari.

“DAP Pahang sudah okay. Kita beri masa kepada BN untuk menyelesaikan masalah mereka dahulu,” katanya.

“PH Pahang juga sudah membuat keputusan menyokong Wan Rosdy untuk terus menerajui kerajaan negeri selaku Menteri Besar.

“Tapi apa pun ia akan diputuskan oleh istana dan kami hormati keputusan istana,” katanya.

Justeru beliau berharap kerajaan pusat bekerjasama melalui gabungan PH dan BN termasuk periingkat negeri selain mengambil contoh negeri Perak. – MalaysiaGazette

 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo