NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Hassan pertahan Parlimen Dungun


DUNGUN
: Perikatan Nasional (PN) Terengganu menawan Parlimen Dungun setelah penyandangnya, Wan Hassan Mohd. Ramly  menang bergaya dengan majoriti sebanyak 34,105 undi dalam Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU15).

Beliau memperolehi sebanyak 59,720 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Nurhisam Johari (25,615), calon Pakatan Harapan (PH), Mohasdjone @ Mohd. Johari Mohamad (5,307), calon Pejuang, Nor Aisah Hasan (322) dan calon Bebas, Ghazali Ismail (305).

Kemenangan itu diumumkan Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Dungun, Jusman Ibrahim di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun di sini.

Pada PRU-14, Wan Hassan dari Pas menang dengan majoriti 13,119 undi. – UTUSAN ONLINE




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo