Video yang mendakwa rakyat Sabah dan Sarawak beragama Kristian membantah sokongan GPS terhadap Perikatan Nasional telah tersebar luas di WhatsApp.
Dalam video TikTok berdurasi 31 saat itu, dua lelaki dilihat menjerit ke arah pentas di pembesar suara.
Semakan Faqcheck Lab terhadap video tersebut mendapati bahawa dakwaan dari klip video tersebut adalah palsu.
Video yang pertama kali disiarkan di TikTok oleh pengguna ‘nurdinsyam’ pada 1 September, sebenarnya dirakam pada majlis perundingan awam di Karawang Regency, Jawa Barat, Indonesia.
Acara itu akhirnya dibatalkan kerana penunjuk perasaan, yang mempertikaikan bahawa isu yang dibincangkan bukan untuk kepentingan Karawang.
Berdasarkan ruangan komen di video berkenaan, ia didapati rakyat Malaysia diyakinkan bahawa protes itu berlaku di Sarawak. Ada juga yang mengatakan bahawa bahasa yang digunakan merupakan dari Sarawak.
Bagaimanapun, tidak semua rakyat Malaysia yang meninggalkan komen di situ teperdaya, apabila beberapa daripada mereka menunjukkan bahawa video itu berlaku di Indonesia.
Faqcheck Lab dan Malaysiakini adalah sebahagian daripada pakatan pemeriksa fakta JomCheck.
Melalui JomCheck, rakyat Malaysia boleh menghantar permintaan untuk menyemak fakta dengan menghantar mesej WhatsApp ke talian 017-477 6659 (WhatsApp sahaja, tiada panggilan) atau melalui pautan ini.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment