PENJELASAN pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tentang hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi nampaknya tidak terhenti begitu saja.
Ini kerana hujah berkaitan isu darurat dalam soal perubatan tidak diterima pendakwah bebas dikenali sebagai Ustazah Siti Afifah, iaitu individu yang melabel para suami dayus kerana membiarkan isteri mereka bersalin dengan doktor lelaki.
Malah Siti Afifah menyelar Ustaz Azhar Idrus kerana tidak memahami isu yang dibangkitkan kerana tidak pernah merasai pengalaman mengandung dan bersalin.
“Ramai yang keliru tentang darurat ini. Ustazah adalah seorang wanita
yang mengalami pengalaman mengandung, beranak dan bersalin.
"Ini masalah wanita tau ustaz. Yang meletakkan tanda-tanda lelaki dayus ini Allah SWT. Mungkin ustaz terlepas pandang.
"Ustaz pernah ke duduk di tempat wanita yang bersalin? Pernah ke ustaz merasai sakit beranak itu?," soal Siti Afifah bagi membidas kenyataan Ustaz Azhar Idrus.
Video kenyataan Siti Afifah itu tular selepas ia dikongsikan di TikTok @m_hafizek.
Tidak cukup dengan itu, Siti Afifah seterusnya bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus mengenai perjuangannya sebagai ulama dalam mendidik masyarakat.
"Mana jiwa kamu sebagai seorang ustaz dan ulama, benda ini adalah maruah seorang wanita.
"Jangan nak mudahkan hukum terus kata ni halal atau haram. Maruah wanita ni.
“Pergi ke ahli Fiqh, mereka akan kata halal, haram, harus. Macam itulah," katanya dalam nada sinis.
Apa usaha Ustaz sebagai ulama mempertahankan maruah wanita yang suaminya di luar kemampuan?
Siti Afifah Shabudin
Menerusi video sama Siti Afifah seterusnya memberikan tekanan kepada Ustaz Azhar Idrus untuk berbuat sesuatu tentang isu aurat wanita bersalin.
"Jadi di sini ustazah nak tanya, apa usaha ustaz sebagai ulama dalam mempertahankan maruah wanita yang suaminya di luar kemampuan?
"Apa usaha ustaz yang mempunyai pengikut yang ramai, yang mempunyai pengaruh yang besar?
"Kami wanita tidak reda dijadikan bahan uji kaji," tegas Siti Afifah.
Isu aurat wanita ketika melahirkan bayi telah lama menjadi topik perbincangan. Gambar hiasan.
Tegas Siti Afifah lagi, dia yang mewakili kaum wanita juga tidak sanggup dijadikan bahan uji kaji serta ‘modal’ pembelajaran doktor pelatih.
"Ustaz tahu tak sakit kena rodok dekat bawah tu macam mana?
"Ustaz tahu tak cara mereka (doktor lelaki) rodok itu macam mana? Ustaz tahu tak tangan lelaki ini macam mana?
"Belum lagi kalau tangan bukan Muslim yang masuk. Bukan seorang dua yang masukkan tangan tetapi ramai," demikian dakwa Siti Afifah.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment