NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO/BN bakal mellngkup PRU15 gara-gara Zahid


Tidak dapat dinafikan Umno-BN akan kecundang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15 kali ini ekoran terlalu banyak faktor yang mendorong kepada kekalahan mereka nanti. 

Rakyat takut dan bimbang sekiranya Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerajui kerusi Perdana Menteri kerana beliau sedang berhempas pulas membebaskan diri dari 47 pertuduhan membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan kes rasuah dan pecah amanah Yayasan Akal Budi. 

“Lebih ketara apakala ucapan Zahid di Perhimpunan MIC baru-baru ini memperlihatkan beliau akan menggunakan kuasa eksekutif sebagai PM bagi menghalang rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dari diseret dan didakwa di Mahkamah.

“Ditambah lagi dengan ucapan penasihat undang-undang Umno di perhimpunan agung Umno dengan seruan ‘AG mestilah orang PM’. Jelas bahawa konsep pengasingan kuasa eksekutif dan kehakiman akan turut terjejas sekiranya Umno-BN menang PRU kali ini. 

“Zahid sebenarnya liabiliti kepada Umno setelah wujudnya pertembungan kluster mahkamah dan kluster menteri, bahkan keputusan beliau membawa 70 peratus muka baru dalam PRU kali ini adalah rentetan pertembungan calon-calon pro Zahid dan pro-pembaharuan dalam Umno,

Tegas lagi, Umno dalam keterpaksaan membubarkan Parlimen dalam tempoh waktu banjir juga faham sekiranya peratusan yang keluar mengundi melebihi 80 peratus mereka berada dalam bahaya.

Walau bagaimana pun apa jua helah Umno-BN untuk melepaskan diri tidak akan menjadi realiti kerana rakyat sudah muak, bosan dengan pelbagai korupsi, salah laku dan ketirisan membabitkan pimpinan mereka. 

Yang pasti Umno-BN akan sekali lagi mengulangi sejarah kekalahan mereka dalam PRU 2018 menjelang PRU ke-15 bulan hadapan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo