NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno yakin dapat tawan semula Titiwangsa, Pagoh - Shabery


Umno yakin dapat menawan semula kerusi Parlimen Titiwangsa dan Pagoh pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata ahli majlis tertinggi parti itu, Ahmad Shabery Cheek.

Menurutnya, ini kerana Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dan partinya Bersatu semakin hilang populariti dalam kalangan pengundi khususnya kaum Cina.

"Kita tahu antara sebabnya, kerana dahulu Tan Sri Muhyiddin bergantung banyak pada undi-undi Cina tetapi Bersatu bukan lagi parti yang mendapat sokongan daripada undi Cina,” kata Shabery pada sidang media di ibu pejabat BN di Kuala Lumpur petang tadi.

Shabery berkata PAS, yang kini sebahagian daripada PN hilang wang deposit di Pagoh pada PRU14, dan oleh itu, PN tidak boleh bergantung kepada parti Islam itu.

"Jadi satu fenomena kita akan lihat, Bersatu kemungkinan akan berhadapan Bersatu hilang kepimpinan mereka selepas pilihan raya ini," katanya lagi.

Shabery turut melahirkan keyakinan bahawa BN akan mampu menawan 112 kerusi parlimen, untuk kembali menjadi kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah.

BN mempertaruhkan Johari Ghani, yang berkhidmat sebagai ahli parlimen sepenggal di Titiwangsa (dari 2013-2018) untuk berdepan Rina Harun dari Bersatu pada PRU15.

Di Pagoh, gabungan itu mempertaruhkan bekas Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk menentang Muhyiddin, yang merupakan ahli parlimen di kerusi berkenaan selama beberapa penggal.

Muhyiddin sebelum ini berkata PRU15 akan menjadi pilihan raya terakhir yang akan disertainya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo