KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan memuktamadkan sebarang cadangan dan usul dikemuka pada peringkat mesyuarat mengikut peraturan dan perlembagaan parti.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata ibu pejabat BN mengambil maklum mengenai beberapa kenyataan media dikeluarkan parti komponen BN yang tular di media massa dalam negara.
"Pihak ibu pejabat menasihati semua pihak untuk terus memelihara solidariti dan semangat muafakat yang lama terbina dalam BN bagi memastikan kesejahteraan serta kerukunan dan toleransi dalam kalangan parti anggota dan parti bergabung BN.
"BN berpegang kepada prinsip saling menghormati dalam menangani sebarang isu yang dihadapi.
"Justeru, adab dalam menyatakan dan mengeluarkan sebarang kenyataan perlu dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak menimbulkan salah faham. Ini termasuk hal dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN," katanya.
Semalam, kepemimpinan tiga parti komponen BN mengemukakan ketetapan undi tidak percaya terhadap Pengerusi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Usul berkenaan dikemukakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup menerusi sepucuk surat bertarikh semalam.
Berdasarkan surat berkenaan, undi tidak percaya terhadap Ahmad Zahid itu dibuat susulan tindakannya yang didakwa mengkhianati keputusan dicapai menerusi mesyuarat Dewan Tertinggi BN, pada jam 10 pagi kelmarin.
Katanya, mesyuarat berkenaan menetapkan pendirian BN yang berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan.
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment