NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO tempah maut jika sertai kerajaan PH – Penganalisis


KUALA LUMPUR –
Parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi – UMNO dianggap mengambil risiko menempah maut jika bekerjasama dengan DAP untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, parti tunjang orang Melayu itu bukan sahaja akan kehilangan banyak ahli malah akan turut kehilangan kepercayaan orang Melayu.

“Ini adalah satu tamparan hebat kepada UMNO dan satu tamparan hebat kepada satu parti yang khususnya memperjuangan isu berkenaan politik Melayu Islam.

“Sukar untuk melihat bagaimanakah UMNO dapat memulihkan kembali sentimen yang berlegar di dalam media sosial dan penyokong agak sukar untuk UMNO mengembalikan imej itu sebagai parti teras utama yang memperjuangkan Melayu Islam,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Malah ulas Noor Nirwandy, dengan tindakan itu, sudah pasti pengundi dan akar umbi UMNO akan beralih kepada sebuah parti lain yang turut memperjuangkan Melayu dan Islam di negara ini.

“Kemungkinan masyarakat akan beralih tumpuan mereka kepada parti-parti yang mempunyai teras yang sama seperti Pas dan mungkin akan menjadi dominan dalam arena politik negara berteraskan Melatu dan Islam.

“Ini kerana masyarakat masih lagi melihat kepentingan parti Melayu Islam ini penting dalam negara dan mahukan parti Melayu Islam yang kuat dan boleh jadi satu parti yang berinovasi teras Islam dalam negara,” jelas beliau lagi.

Dr
Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin

Noor Nirwandy mengulas mengenai langkah beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan rundingan bagi membentuk kerajaan memandangkan tiada pihak yang memperoleh majoriti mudah dalam PRU15.

Ditanya mengenai dakwaan UMNO boleh menjinakkan DAP, beliau menjangkakan perkara sebaliknya akan berlaku kerana DAP akan menikam UMNO dari belakang demi menjaga hati pengundi bukan berbangsa Melayu.

Justeru, katanya, UMNO akan semakin lemah dan terus berada di bawah telapak kaki PH khususnya DAP kerana kerjasama ini hanyalah untuk melengkapi PH menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Apabila UMNO memilih untuk kerjasama dengan PH ia akan memberikan impak khususnya di kalangan ahli dan penyokong UMNO.

“Pengundi akan melihat ini sebagai satu kejutan dan sudah tentu memerlukan masa untuk UMNO memulihkan imej setelah ia terkesan dengan bentuk kerjasama ini.

“UMNO adalah sebuah parti yang dilihat begitu agresif memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu Islam di dalam negara dan sebuah parti yang menjadi tunjang dalam membentuk kemerdekaan negara.

“Sebagai sebuah parti yang cukup kuat dengan tema meperjuangakan Melayu Islam sudah tentu akan memberikan satu bentuk tanggapan yang agak menyimpang daripada nilai sebenar UMNO,” jelas Noor Nirwandy lagi.

Noor Nirwandy berpandangan adalah lebih baik BN khususnya UMNO kekal kekal sebagai pembangkang daripada dilihat bersengkongkol dengan DAP untuk merampas hak-hak orang Melayu. – MalaysiaGazette




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo