KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau dan Maran digantung sementara bagi keseluruhan jawatan di peringkat Cawangan dan Bahagian.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata penggantungan terhadap Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim adalah selaras dengan fasal 10.15 Perlembagaan UMNO.
"Ini kerana ada aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-dua wanita UMNO Bahagian terbabit secara langsung atau tidak langsung serta menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
"Butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat dalam masa terdekat apabila aduan terhadap kedua-dua Ketua Wanita berkenaan kepada Lembaga Disiplin pada waktu terdekat.
"UMNO ingin menegaskan pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap ahli-ahli parti sepanjang tempoh kempen PRU15 bagi memastikan tiada unsur sabotaj dilakukan terhadap calon dan parti," katanya dalam kenyataan, hari ini.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment