NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ULASAN | Di sebalik bahang PRU15, Kelantan kekal dingin


ULASAN | Jangkaan suhu politik Kelantan panas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sedikit meleset apabila kempen parti-parti politik dilihat tidak begitu galak.

Tiada "gelombang" dicetuskan oleh mana-mana parti politik yang bertanding dan agak menarik juga apabila serangan PAS dan Umno dalam siri ceramahnya dilihat "berhemah" tidak seperti kebiasaannya.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada ceramah mega mewarnai kempen PRU-15 di Kelantan kali ini.

Pakatan Harapan (PH) dilihat sedikit tenggelam dalam kempen PRU ke-15 ini dan tumpuan hanya terarah kepada PAS dan BN.

Perang poster juga dilihat lebih dikuasai BN, PAS dan PH. Manakala parti Putra ataupun Pejuang hanya menonjol di beberapa lokasi tertentu saja.

Berdasarkan tinjuan Malaysiakini, PAS dilihat masih dominan dan dijangka akan menguasai kerusi parlimen di negeri Kelantan.

Berdasar sentimen kempen, PAS dijangka berupaya merampas kerusi selamat yang juga kubu kuat BN.

Berdasarkan tinjauan dan sentimen pengundi di Kelantan, BN dilihat akan mengekalkan empat kerusi tradisinya iaitu, Gua MusangMachangJelidan Ketereh.

Parlimen Tanah Merah yang dimenangi BN pada PRU ke-14 lalu dilihat akan menjadi milik PN memandangkan penyandang kerusi itu Ikmal Hisham Abdul Aziz bertanding atas tiket PN.

Ketereh meskipun merupakan kerusi tradisi dan kubu kuat BN, "konflik" Umno Ketereh apabila Annuar Musa tidak dicalonkan dilihat memberi kesan kepada sokongan pengundi terhadap calon BN yang ditampilkan.

Annuar yang juga ketua Umno Ketereh tidak banyak membantu kempen calon BN di Parlimen berkenaan.

Kelibat Annuar hanya dilihat pada beberapa hari pada minggu pertama kempen PRU-15 di Ketereh, seterusnya kelibat Annuar tidak kelihatan di Ketereh.

PH Tenggelam

Malah, bekas setiausaha agung Umno itu dikesan lebih banyak berkempen di luar kawasan berbanding di dalam Parlimen Ketereh.

Jadi, calon BN Ketereh dilihat berada dalam situasai agak sukar untuk mempertahankan kerusi berkenaan sebagai kubu kuat BN.

Di Parlimen Jeli, selepas penyandangnya Mustapa Mohamed membuat keputusan untuk tidak bertanding, BN dijangka mampu merampas kembali kerusi itu.

Parlimen Tumpat pula BN dilihat mampu menggugat PN di kerusi tradisi PAS itu selepas mempertaruhkan penyandangnya Che Abdullah Mat Nawi.

PH dilihat agak tenggelam di Kelantan pada PRU ke-15 kali ini apatah lagi dengan ketiadaan nama-nama besar sebagai calon mereka.

Nama Husam Musa yang bertanding atas tiket PH di Parlimen Pasir Mas juga agak tenggelam.

PN yang menggunakan logo PAS dilihat akan mendominasi sebahagian besar kerusi Parlimen di Kelantan.

Namun sebarang kemungkinan boleh berlaku dan kejutan di beberapa kawasan juga boleh terjadi.

Ini kerana pengundi muda yang baru pertama kali mengundi masih tidak menunjukkan kecenderungan mereka untuk memilih parti mana.


Sumber I Malaysiakini 





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo