NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ukraine diserang lagi, dua maut peluru berpandu Rusia melintasi Poland


KYIV:
Rusia melancarkan operasi besar-besaran terhadap fasiliti tenaga di seluruh Ukraine pada Selasa menyebabkan penduduk terputus bekalan elektrik.

Pelancaran peluru berpandu Rusia turut melintasi negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Poland dan mengorbankan dua nyawa di Przewodow, kata pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap kerajaan Poland, Piotr Mueller memaklumkan pemimpin tertinggi NATO kini sedang mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan krisis tersebut.

Media tempatan melaporkan dua individu terkorban pada Selasa selepas sebutir peluru berpandu meletup di kawasan pertanian di Przewodow, kawasan perkampungan di sempadan Ukraine.

Jurucakap Pentagon, Brigadier Jeneral Pat Ryder berkata Jabatan Pertahanan AS dimaklumkan tentang kejadian ini namun ia tidak dapat disahkan buat masa ini.

Moldova di sempadan Ukraine juga terkesan dengan pelancaran peluru berpandu Rusia dan penduduk di seluruh negara terputus bekalan elektrik, kata pegawai kerajaan.

Dalam pada itu Presiden Ukraine Volodymir Zelenskyy memaklumkan Rusia melancarkan sekurang-kurangnya 85 peluru berpandu yang mensasarkan fasiliti tenaga dan menyebabkan penduduk di kebanyakan bandar negara itu terputus bekalan elektrik.

Menurut Menteri Tenaga negara itu, serangan ke atas fasiliti tenaga itu yang terbesar sejak pencerobohan Rusia bermula sembilan bulan lalu.

Serangan sebelum ini telah memusnahkan kira-kiran 40 peratus infrastruktur tenaga di Ukraine.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo