NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tze Liang rangkul pingat emas kedua


KUALA LUMPUR:
Penerjun lelaki negara, Ooi Tze Liang melakar satu lagi kejayaan apabila merangkul pingat emas kedua, kali ini bersama gandingannya Chew Yi Wei dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki di Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di Bukit Jalil hari ini.

Pasangan itu berada di kedudukan teratas selepas mengumpul 382.11 mata pada peringkat akhir di Pusat Akuatik Nasional, di sini.

Vladimir Rudenko dan Lachlan Cronin dari Australia meraih pingat perak dengan 360.12 mata manakala pasangan Mesir Mohamed Farouk dan Mohamed Noaman mendapat gangsa selepas memperoleh 327.63 mata.

"Prestasi terjunan hari ini adalah baik untuk kami hari ini walaupun ada beberapa terjunan yang tidak cukup baik daripada kami. Bagaimanapun kami berjaya meraih emas untuk Malaysia," kata Tze Liang kepada Bernama ketika ditemui selepas final itu.

Semalam, penerjun berusia 29 tahun itu muncul juara dalam acara terjun 3m papan anjal yang melakukan catatan peribadi terbaiknya musim ini dengan 441.35 mata manakala Yi Wei, 27, mengumpulkan 406.90 mata. Cronin membawa pulang gangsa dengan 402.20 mata.

Dalam pada itu Yi Wei, turut berpuas hati dengan aksinya hari ini selepas merangkul pingat perak dalam acara 3m papan anjal lelaki akhir.

Sementara itu, Jellson Jabilin-Enrique Harold, satu lagi pasangan dari Malaysian, cemerlang dalam acara 10m platform seirama lelaki apabila meraih pingat emas dengan menewaskan penerjun Indonesia Adityo Restu Putra dan Andriyan Andriyan dengan catatan 356.28 mata.

Dalam pada itu, Ong Ker Ying terpaksa berpuas hati meraih perak dalam acara 3m papan anjal wanita dengan 281.75 mata di belakang Alysha Koloi, penerjun dari Australia yang merangkul emas selepas mengumpul 297.60 mata.

Gladies Lariesa Garina dari Indonesia memperoleh gangsa dengan 271.80 mata.

Dalam acara 10m platform campuran seirama, menyaksikan pasangan negara Hanis Nazirul-Elisha Rania menduduki tempat kedua dengan 260.04 mata di belakang penerjun Korea Minhyuk Kang-Nahyun Kim yang memperoleh 267.54 mata untuk meraih pingat emas.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo