NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tugas getir nanti TFC di Stadium Cheras - Piala Malaysia


KUALA NERUS, 5 Nov (Bernama) -- Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain akui misi sukar menanti pemain di Stadium Cheras malam esok.

Pertembungan dengan Kuala Lumpur City (KL City) FC pada pusingan suku akhir Piala Malaysia di tempat lawan itu disifatkan beliau sebagai tugas berat yang menagih kerja keras daripada setiap pemain.

Menurut jurulatih muda berusia 44 tahun itu, skuad bimbingan Bojan Hodak  pastinya telah bersiap sedia dengan barisan skuad utama untuk mempertahankan trofi Piala Malaysia yang dimenangi tahun lepas.

"Cabaran suku akhir lebih berat dan sukar untuk TFC kerana bakal berdepan KL City iaitu juara Piala Malaysia musim lepas. Tentangan pasti sengit kerana mereka akan berusaha sedaya upaya mempertahankan gelaran itu.

"Apatah lagi KL City kini berada dalam keadaan motivasi terbaik selepas berjaya meraih gelaran naib juara Piala Konfederasi Asia (AFC) 2022 bulan lalu," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak petang semalam.

Ketika ditanya mengenai kesebelasan utama skuad Penyu pada perlawanan itu nanti, Nafuzi berkata beliau berkemungkinan besar akan menurunkan barisan pemain utama yang biasa.

Bagaimanapun kata jurulatih kelahiran Kelantan itu, terdapat sedikit perubahan di bahagian pertahanan apabila tonggak utamanya, Shahrul Nizam Ros Hasni tidak dapat beraksi selepas menerima layangan kad merah pada pertemuan dengan Sri Pahang FC tempoh hari.

"Ketiadaan Nijey (Shahrul Nizam) memang akan dirasai kerana dia antara tonggak utama skuad Penyu musim ini.

"Tetapi saya yakin pemain yang diberi peluang beraksi menggantikan dia (Shahrul Nizam) dapat menggalas dan melaksanakan tugas dengan baik," katanya yang pernah membantu Terengganu menjulang  Piala Malaysia pada 2001.

Selain itu, Nafuzi berkata sandaran juga diletakkan pada penjaga gol, Suhaimi Hussin yang menunjukkan peningkatan prestasi dalam setiap perlawanan yang disertai.

-- BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo