Gabungan PN optimis akan meraih satu lagi kemenangan pada pilihan raya DUN Tioman 7 Dis depan.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik Astro Awani berkata sekiranya kemenangan itu dicapai maka PN akan mendapat 18 kerusi di DUN.
"Calon yang bertanding nanti, Nor Idayu Hashim dari PAS yang sememangnya kerusi Rompin yang diperuntukkan oleh PN untuk calon PAS dan kita (PAS Pahang) mencalonkan beliau (Nor Idayu) yang merupakan seorang ahli jawatan kuasa PAS Rompin sememangnya amat layak.
"Nor Idayu seorang suri rumahtangga, tetapi mempunyai ijazah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), muslimat yang sangat aktif dalam Pas Rompin dan banyak terbabit dengan program keagamaan dan kemasyarakatan," katanya.
Tuan Ibrahim juga dilaporkan berkata PAS mampu mengatasi pencabar utamanya calon BN.
"Berasaskan kemenangan 17 kerusi DUN PN di Pahang pada 19 November lalu, saya amat yakin DUN Rompin akan dimenangi oleh calon PN berasaskan senario perubahan drastik yang diterjemahkan oleh pengundi pada PRU15, 19 November lalu," katanya menjelaskan keyakinan itu juga berdasarkan sokongan pengundi 18 tahun.
BN yang sebelum ini menguasai DUN Pahang hanya keraih 16 kerusi di negeri itu manakala PN menang 17 dan PH pula lapan kerusi.
Tuan Ibrahim berkata akar umbi PAS amat menyokong Nor Idayu menjadi calon sekaligus bakal mewakili suara wanita di DUN.
Pada 19 Nov lepas, Md Yunus Ramli, pemimpin PAS tempatan yang telah dipilih sebagai calon PN, meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.
Susulan itu, pengundian untuk DUN Tioman ditangguhkan ke 7 Dis.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment