NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TMJ nafi hantaran 'UMNO is full of garbage'


JOHOR BAHRU:
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan ada mengeluarkan kenyataan 'UMNO is full of garbage' seperti yang tersebar dalam media sosial ketika ini.

Tunku Ismail menerusi entri terbaharu dalam Facebook HRH Crown Prince pada Ahad bertitah, baginda tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.

"Ini adalah satu kenyataan palsu disebarkan secara berterusan pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.

"Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini," titah baginda.

Tunku Mahkota Johor bertitah, semua kenyataan atau laporan berita berkaitan baginda ataupun keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan Royal Press Office atau laman sosial rasmi baginda sahaja. -Sinar Harian



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo