lepas mengundi mesti jari telunjuk akan warna hitam kerana celup dakwat. Ada yang suka sebab untuk pamer kat sosial media tapi ada juga yang rasa kotor. Tambah pula dakwat ini jenis lambat nak hilang walau dah cuci guna sabun.
Bagi yang tak suka jari hitam dek dakwat ini balik mengundi nanti boleh terus praktikkan langkah ini. Tip ini sesuai untuk kulit korang yang tak sensitif.
1. Sediakan mangkuk, tuang cecair peluntur. Sukatan agak-agak cukup untuk satu jari yang hitam.
2. Kemudian gosok hingga warna hitam hilang. Cara ni 90 peratus dakwat hitam itu akan hilang.
Ada juga petua tambah sekali beberapa hirisan limau purut dalam cecair ini. Cara ini kesan dakwat hitam lebih cepat tanggal, seminit dah hilang.
3. Kemudian cuci bersih jari tadi boleh guna sabun mandi & lap kering. Boleh letak losen tangan atau badan untuk elakkan kulit jadi kering.
Sumber: Luna Ahmad
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment