NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tioman, PN kuat, kerana itu PH-BN terpaksa berpakat - Abdul Hadi


ROMPIN
: Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional bersekutu untuk melawan PERIKATAN NASIONAL (PN) di DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai menunjukkan kekuatan dimiliki oleh PN.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi reaksi demikian ketika ditanya media mengenai perkara tersebut selepas menyampaikan ceramah di Bandar Baru Rompin, di sini sebentar tadi.

“Kalau kita tak kuat, dia tak berpakat. Sebagaimana kita menang di tempat lain, itu juga yang berlakunya. Kita menang, kita berjaya. Yang penting pengundi menentukan,” ujarnya mengaku tidak gerun dan tiada masalah berdepan pakatan tersebut.

Disoal mengenai kertas siasatan dibuka pihak polis yang mendakwa beliau menuduh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel, beliau menyatakan kesediaan untuk ke Bukit Aman lagi.

“Saya tak kata, saya tak kata, dia yang kata, terserah ke dialah. Bukit Aman tahu saya kata, (atau) tak kata. Saya ceramah pun dia rakam. Kenyataan media saya pun dia orang baca. Saya kata, (atau) tak kata ke terpulang.

“Saya bukan sekali dua dipanggil Bukit Aman. Boleh pergi Bukit Aman, tak jadi masalah. Memang saya terbuka, sedia untuk disiasat,” ujar beliau penuh optimis.

Berkenaan tuduhan rasis dan ekstrem kepada PAS, perkara itu jawabnya mesti dilihat kepada praktikal di mana bersama PAS ialah GERAKAN dan Dewan Himpunan Pendukung PAS iaitu kalangan bukan-Islam.

“Apa yang menarik, MCA, MIC, termasuk parti Sabah beri SD sokong kita membentuk kerajaan baru ini. Kecuali DAP,” maklum beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Dalam pada itu, pada ceramah tersebut Tuan Guru menyebut bahawa veteran-veteran Umno di Tioman menunjukkan perubahan dan menolak pemimpin mereka di mana berjanji menyokong calon PN iaitu Nur Idayu Hashim.

Serunya, beliau berharap orang-orang Umno mengikut sebagaimana cara Nabi Muhammad SAW yang apabila ditawarkan jadi raja, pemimpin dan hendak diberi harta, tetapi baginda menolaknya dan memilih membentuk negara cara sendiri.

“Ini orang nak beri tawaran jadi Menteri Besar, jadi Exco, terus terima. Ini jenis apa macam ini? Rakyat-rakyat ini tengoklah, fahamlah pemimpin yang macam ini mesti ditolak.

“Ini marilah sama-sama kita dukung calon kita untuk membina kekuatan kepada PERIKATAN NASIONAL supaya kita terus mara ke hadapan lagi sehingga dengan izin Allah kita boleh mengambil alih kepimpinan negara. 

“Dan selamatkan negara dengan sebaik-baiknya bukan dengan rakus dengan nafsu, tapi dengan istiqamah mengikut petunjuk Allah Taala. Kita berkawan baik-baik yang Islam yang bukan-Islam, semua dah ada. Yang ekstrem kita tolak. 

“Ini sahaja yang menyelamatkan negara kita. Orang Cina pun tak suka yang ekstrem ini sepatutnya, orang India pun tak suka yang ekstrem ini. Apa yang kita orang Melayu kita hidup elok-elok.

“Kita kena sedar bagaimana kita hidup selama ini orang Cina, orang India, keluarga kecil boleh hidup di tengah masyarakat Melayu di Kelantan, di Kedah, di Terengganu, tak jadi masalah di Pahang pun. Tak jadi masalah. 

“Ini nak huru-harakan, ini tak boleh. Kita kena tolak pendekatan yang huru-hara ini. Jadi marilah kita bersama PERIKATAN NASIONAL insyaAllah kita selamat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/11/2022







........
Komen: Kahwin paksa demi nak harta




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo