NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TikTok giat padam video langgar garis panduan


Berikutan laporan berhubung sejumlah hantaran yang memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969 di TikTok, platform media sosial itu berkata mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga dan telah memadam video yang melanggar garis panduan komuniti mereka.

“Di TikTok, kami tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk ucapan kebencian dan ekstremisme ganas. Memandangkan ia berkaitan dengan kandungan 13 Mei, kami segera mengalih keluar video yang melanggar garis panduan komuniti kami.

“Kami terus berjaga-jaga dan akan mengalih keluar secara agresif sebarang kandungan yang melanggar, termasuk video, audio, strim langsung, imej, komen, pautan atau teks lain,” kata TikTok dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini.

Mereka mengingatkan bahawa pengguna boleh melaporkan kandungan berbahaya pada platform menggunakan fungsi pelaporan dalam aplikasi.

TikTok juga berkata menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15, mereka sentiasa berkomunikasi dengan badan berkaitan, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai akaun yang terlibat dalam "pelanggaran yang teruk atau berulang di platform".

Dalam 48 jam terakhir selepas hari pengundian, video amaran tentang kemungkinan berulangnya rusuhan 13 Mei telah mengumpul lebih beberapa ratus ribu tontonan.

Video atau penciptanya tidak mempunyai kaitan yang boleh dikenal pasti antara satu sama lain tetapi mereka menyebarkan naratif serupa yang disasarkan kepada penonton Melayu-Islam, mendakwa penguasaan politik oleh DAP jika parti itu dibenarkan menjadi sebahagian daripada mana-mana kerajaan.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani turut memberi amaran kepada pengguna media sosial supaya tidak menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan kandungan provokasi yang boleh membawa kepada keresahan orang ramai.

SKMM juga menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesopanan dalam talian dan menjauhkan diri daripada menyuarakan pandangan yang boleh mencetuskan kebencian kaum dan agama.


Sumber I Malaysiakini 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo