PETALING JAYA: Penyandang kerusi Parlimen Batu selama dua penggal, Tian Chua memutuskan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam usahanya mempertahankan kerusi berkenaan, kata sumber yang rapat dengan bekas naib presiden PKR itu.
“Mereka meminta beliau kembali dan penyokongnya juga sudah sedia membantunya dalam kempen. Tian Chua adalah nama besar di Parlimen Batu.
“Jika pencalonannya tidak dibatalkan, beliau boleh memenangi kerusi itu,” kata sumber kepada FMT.
Satu lagi sumber yang rapat dengan kumpulan penyokong Tian Chua berkata, beliau akan menyokong Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri jika menang di kerusi itu.
Tian Chua menjadi ahli Parlimen Batu dari 2008 hingga 2018 tetapi gagal mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum lalu kerana pencalonannya dibatalkan pada hari penamaan calon.
Ketika dihubungi FMT, Tian Chua tidak menafikan atau mengesahkan perkara itu dan hanya berkata, semuanya akan diketahui pada esok pagi (penamaan calon).
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment