NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada rundingan rasmi dengan PH, mereka datang kami layan sebagai tetamu - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR
: Pemimpin Barisan Nasional (BN) dilihat masih berdolak dalih berhubung pembentukan kerajaan campuran antara gabungan parti itu dan Pakatan Harapan (PH) walaupun sudah jelas kelihatan mereka mengadakan pertemuan bersama di Hotel Seri Pacific, di sini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika ditemui pemberita berkata, tiada rundingan rasmi dengan PH dibuat di Hotel Seri Pacific ini, sebaliknya mereka menerima kunjungan pemimpin pakatan itu sebagai 'tetamu'.

Malah beliau berkata, sehingga kini akuan bersumpah (SD) bagi menamakan calon Perdana Menteri juga belum ditandatangani.

Katanya, BN juga sudah meminta penangguhan penyerahan SD kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

"Tidak bincang apa..tak berunding... tetamu datang rumah kita layan, borak biasa.

"Rundingan dengan Perikatan Nasional (PN) ke dengan PH ke semua tak buat lagi.

"Ye lah, dia (PH) datang takkan kita tak layan. kita borak borak, salam salam macam biasa," katanya kepada pemberita, di sini.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo