KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM900 kepada kira-kira 14,000 penjawat awam di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembayaran yang akan dibuat pada Januari 2023 itu diharap dapat memberi suntikan semangat untuk penjawat awam negeri bekerja lebih gigih pada masa hadapan.
"Sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menggerakkan pentadbiran kerajaan, saya dengan ini mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM900 kepada hampir 14,000 penerima yang layak," katanya ketika membentangkan Bajet 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Samsuri membentangkan Bajet 2023 yang merangkumi RM1.991 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM500 juta perbelanjaan pembangunan dan RM30 juta perbelanjaan bekalan air.
Belanjawan yang bertemakan 'Memacu Terengganu Berdaya Tahan' itu menggariskan tigas teras utama sebagai pendekatan pelaksanaan Bajet 2023 iaitu Menyantuni Rakyat, Memacu Ekonomi dan Melestarikan Pembangunan. - BERNAMA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
Org pencen dan rakyat trg tk dpt ke?
ReplyDelete