PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching menyelar Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menghadiri program bertemu pengundi di Senai, walaupun banjir di kawasan itu semalam.
“Taman Aman, Senai dilanda banjir semalam. Secara kebetulan, MB Johor juga berada di Senai. Bagaimanapun, beliau tidak mengunjungi mangsa banjir,” kata Teo dalam catatan Facebook.
“Sebaliknya, beliau menghadiri jamuan dengan NGO dan masyarakat Cina di Hotel Impiana, Senai.”
Beliau berkata, Wee bersama ketua BN Kulai, ketua MIC Kulai dan calon BN Parlimen Kulai turut menghadiri program sama.
Teo, yang dalam misi mempertahankan Parlimen Kulai yang dimenanginya sejak 2013, menggesa Wee dan Onn Hafiz untuk mendedahkan siapa yang membayar untuk acara itu di hotel terbabit.
Sambil berkata tidak salah pemimpin BN berkempen untuk calon mereka, pemimpin DAP itu berkata, ia tidak boleh diterima jika dana awam digunakan untuk membayar majlis makan malam sebanyak 30 meja itu.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment