Peminat Morocco dirakam menjelang perlawanan Kumpulan F pasukan mereka menentang Belgium di Stadium Al Thumama di Doha. - EPA-EFE |
BEIJING – Saluran televisyen China menapis lensa jarak dekat memaparkan peminat bola sepak Piala Dunia 2022 tidak memakai pelitup muka bagi mengelak rakyat membandingkannya dengan dasar sifar Covid yang mencetuskan protes bersejarah, lapor akhbar New York Post semalam.
Rakaman memaparkan peminat bola sepak menyaksikan kejohanan itu di Qatar tanpa memakai pelitup muka menimbulkan kemarahan berjuta-juta rakyat China. Ini kerana mereka masih dikenakan sekatan ketat dan ujian saringan secara paksa.
“Adakan dunia di luar sama dengan dunia kami?” kata seorang pengguna di laman sosial tempatan, Weibo ketika tular mengenai surat terbuka kepada Suruhanjaya Kesihatan Nasional Beijing mengenai isu tersebut.
Memandangkan kemarahan berhubung perkara itu menyemarakkan lagi gelombang protes terbesar dalam tempoh 33 tahun, saluran televisyen pemerintah China bertindak menapis adegan peminat bola sepak sedang berseronok, lapor akhbar South China Morning Post.
Saluran CCTV Sports yang menayangkan kejohanan itu telah menggantikan rakaman orang ramai dengan imej pemain, pegawai atau stadium bola sepak.
Penyiar sama turut menakutkan penonton China dengan laporan negatif mengenai kematian dan huru-hara berpunca daripada penularan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) dengan mendakwa, situasi itu berlaku akibat dasar Covid yang longgar.
Seorang pengguna Weibo berkata, dia kecewa dengan negaranya sendiri.
“Piala Dunia membolehkan kebanyakan rakyat China melihat keadaan sebenar di luar negara serta bimbang tentang ekonomi tanah air dan belia mereka sendiri,” katanya dalam satu luahan di Weibo.
Surat terbuka kepada Suruhanjaya Kesihatan Nasional Beijing kemudian dipadamkan selepas ia tular minggu lalu.
Penduduk menyertai protes di beberapa bandar di seluruh negara selepas dasar sifar Covid dipersalahkan atas kematian sehingga 10 orang dalam kebakaran pangsapuri di Urumqi, di mana beberapa penduduk dikurung di rumah mereka selama empat bulan. – Agensi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment