Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah satu agensi kerajaan yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar ke kawasan lain untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menyelamatkan FELDA.
Justeru, PN akan meneruskan perjuangan membangunkan penempatan FELDA seperti yang termaktub dalam manifesto parti bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Antara usaha sudah dilakukan kerajaan PN bagi program pembangunan FELDA sebelum ini adalah;
- Melupuskan sebahagian pinjaman peneroka RM8.3 billion melalui pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat.
- Menerbitkan sukuk bernilai RM9.9 bilion dengan jaminan Kerajaan bagi tujuan pelan pemulihan FELDA.
- Menyiapkan Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang terbengkalai pada tahap 70 peratus.
Tawaran PN Best
Memfokuskan tunjang khusus menerusi Tunjang 11: Memperkasa Generasi FELDA iaitu:
- Menggagaskan Wawasan FELDA Baharu bagi menjamin masa depan lebih baik untuk generasi muda di kawasan FELDA dengan mewujudkan peluang ekonomi baharu, keusahawanan serta menambah baik infrastruktur asas, termasuk liputan Internet dan rumah mampu milik.
- Menyelamatkan projek perumahan generasi baharu FELDA terbengkalai untuk dibaik pulih.
- Memantapkan pelaksanaan Program Pembangunan Peneroka bagi meningkatkan pendapatan peneroka.
- Memperkenalkan skim keusahawanan FELDA bagi menggalakkan penglibatan usahawan muda dalam aktiviti pertanian bernilai tinggi melalui penggunaan teknologi terkini dan automasi.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment