NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tawaran gila! Agenda siapa PH nak julang?


PARTI
mana dan pemimpin manakah dari Pakatan Harapan yang mencetuskan ‘tawaran’ gila ini?

Dari DAP kah?

Atau PKR kah?

Atau PAN kah?

Kewarganegaraan automatik kepada warga emas dan kerakyatan bagi anak angkat?

Agenda siapakah sebenarnya yang ingin dijulang oleh Pakatan Harapan?

Nak jayakan tuntutan golongan minoriti atau kepentingan etnik tertentu?

Kalau Perlembagaan pun puak Pakatan Harapan sanggup pinda untuk menjayakan tawaran beracun ini, bayangkan berapa banyak lagi peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang mereka akan pinda untuk menjayakan ‘tawaran-tawaran’ lain sekiranya mereka berkuasa dan membentuk kerajaan.

Puak Pakatan Harapan kini mungkin sedang merasa terlalu yakin boleh menang dalam PRU15 ini, yakni keyakinan tinggi bahawa mereka boleh memenangi kerusi dua pertiga majoriti bagi membolehkan Perlembagaan dipinda.

Adakah rakyat dan para pengundi akan membiarkan negara menjadi huru hara dan berpecahbelah dengan ‘tawaran-tawaran pilihan raya’ yang gila ini?

Tawaran ini lebih teruk kesannya dari serangan kanser!

p/s Barisan Nasional pun apa kurangnya?

Mohd Luttfi Abd Khalid
Pengerusi iPeguam/Pemerhati politik




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo