Zahid (kiri) mahu Khairy (kanan) sendiri menjawab apa yang dimaksudkan dengan hasratnya untuk membersihkan UMNO. |
BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menjelaskan sendiri mengenai kenyataan dibuat berhubung hasratnya untuk membersihkan UMNO.
Mengakui tidak ada masalah dengan Khairy, Presiden UMNO itu menegaskan beliau tidak tahu kenyataan Menteri Kesihatan itu merujuk kepada masalah apa dalam UMNO mahupun Barisan Nasional (BN).
"Tanya dialah apa maksud dia (dengan hasrat untuk membersihkan UMNO). Saya tak tahu.
"Kalau (hubungan saya dengan Khairy) tak okay...takkanlah saya bagi dia jadi calon (Sungai Buloh)," katanya kepada pemberita hari ini.
Khairy sebelum ini secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin UMNO dan mahu membersihkan parti itu jika memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh yang dianggap sebagai kubu kuat PKR.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu antara lain mengakui ada percaturan lebih besar selepas berjaya menawan Sungai Buloh, iaitu ingin membawa perubahan kepada negeri, UMNO dan BN supaya orang Melayu mempunyai wadah politik yang boleh dianggarkan serta terbesar di Malaysia.
Ditanya mengenai pengundian awal esok, Ahmad Zahid yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk merayu pengundi awal yang mengalami penderitaan pada PRU14, kembali menolong calon BN.
"Saya memohon kepada semua pengundi awal yang mengalami penderitaan pada PRU14 lalu agar rata-rata kembali menyokong calon BN.
"Kerana selama 22 bulan (di bawah pemerintahan Pakatan Harapan) dan diikuti dengan 17 bulan (di bawah Perikatan Nasional) mereka tidak memperoleh apa dijanjikan dan mereka mengalami kerajaan gagal," katanya.
Sumber I BH Online
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment