NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanding atas tiket PN, Shahidan, Ismail berdepan tindakan tatatertib


PETALING JAYA:
Dua pemimpin Umno akan diambil tindakan oleh Lembaga Tatatertib parti kerana memilih untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Mahdzir Khalid, yang meluahkan rasa kecewanya, berkata tindakan penyandang Parlimen Arau, Shahidan Kassim dan penyandang Parlimen Maran, Ismail Abdul Muttalib itu jelas melanggar perlembagaan parti dan Barisan Nasional (BN).

“Kepada rakan-rakan kita, sudah tentulah ada peraturan yang disediakan oleh parti, semua orang tahu peraturan-peraturan yang terkandung ataupun peraturan yang menjadi perlembagaan kepada BN.

“Kita sekarang ini sedang menghadapi pilihan raya tapi semua orang sudah tahu bahawa kedudukan tiap-tiap daripada kita ini sebab kita ahli parti komponen BN, (jika memang jelas melanggar) ya lah (akan dikenakan tatatertib),” katanya kepada wartawan ketika menghadiri acara di Padang Terap, malam tadi, menurut Berita Harian.

Pada PRU14, Shahidan yang juga bekas menteri Wilayah Persekutuan menang di Parlimen Arau dengan majoriti 4,856 selepas menewaskan Abd Rahman Daud (PKR) dan Hashim Jasin (PAS).

Ismail, bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, menang di Parlimen Maran dengan majoriti 3,763, menewaskan Hasenan Haron (PAS) dan Ahmad Farid Ahmad Nordin (PKR).

Bagaimanapun, pada PRU15, nama mereka digugurkan dan digantikan oleh Rozabil Abd Rahman sebagai calon di Parlimen Arau, manakala Shahaniza Shamsudin di Parlimen Maran.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo