NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak praktikal mansuh pinjaman PTPTN sekarang, kata Teo


KULAI: Bekas timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak praktikal berdasarkan kewangan semasa negara.

Katanya, keseluruhan beban hutang negara yang mencecah RM1.4 trilion menghalang PH daripada menjanjikan pemansuhan pinjaman PTPTN.

“PH belajar daripada pengalaman supaya tidak terlebih janji. Lebih praktikal untuk tidak memansuhkan pinjaman PTPTN buat masa ini,” katanya kepada FMT.

Tetapi, jika PH kembali berkuasa, kerajaan akan mencari kaedah untuk memudahkan peminjam PTPTN membayar pinjaman mereka.

“Apabila ekonomi stabil dan kewangan kerajaan bertambah baik, maka kita mungkin boleh mengkaji pemansuhan pinjaman PTPTN.”

Teo dalam misi mempertahankan Parlimen Kulai buat penggal ketiga.

Manifesto PH termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke universiti awam dan memperuntukkan dua jawatan timbalan perdana menteri.


Sumber I FMT Malaysia 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo