NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak ada parti dapat 112 kerusi, Orang UMNO perlu singkirkan pemimpin penyamum untuk melihat gabungan MN selepas PRU15


Berdasarkan kajian penganalisis politik tiada mana-mana parti yang akan mendapat 112 kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan, sebaliknya perlu bergabung dengan mana-mana parti. Zahid Hamidi cuba membawa UMNO bersama dengan PH dengan melantik Anwar sebagai PM. Dalam gabungan ini sudah tentu ada DAP. Sebagahagian besar ahli UMNO tidak suka kepada DAP.

Ada pemimpin UMNO yang nak bersama dengan PAS dan BERSATU (yakni bersama PN) tapi malangnya semua pimpinan ini telah disingkirkan daridapa menjadi calon UMNO oleh kumpulan perompak dalam UMNO.

Jadi bagi masa depan politik Melayu Islam, orang UMNO hanya ada satu pilihan tempat iaitu pastikan semua pimpinan  yang rasuah, rompak wang rakyat kalah dalam PRU15 ini dengan memberikan undi kepada PN. Jadi kena pasti Zahid Hamidi dan gengnya perlu kalah dalam PRU ini, undilah PN dan BN akan mendapatkan pemimpin yang bersih untuk memimpin UMNO.

Selepas PRU15 nanti Muafakat Nasional akan terbentuk dan Melayu Islam akan terjamin dengan pemerintah yang bersih dan adil.

Oleh itu orang UMNO mesti berkorban demi Malaysia.

Kenyataan kesdiaan PN untuk merealisisasikan MN telah ternyata oleh Setiausaha PAS, Dato' Takiyuudin

.............

Perikatan Nasional (PN) yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu.

"Saya yakin kita dapat bentuk Kerajaan Persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain, termasuk BN. Apa yang pasti kita tidak menerima Pakatan Harapan (PH) walaupun perlu gabungan.

"Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas (PRU15) kita boleh wujudkan hubungan itu.

"Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini namun saya yakin BN akan terima. Perbincangan dulu sudah ada, namun ketika kita tidak bersama pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU15," katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir program Ceramah Perdana PRU15 di Kampung Kubang Kiat, di sini, lewat malam tadi.

Terdahulu, Takiyuddin yang juga calon Parlimen Kota Bharu dalam ucapannya berkata, PRU15 adalah pilihan raya paling getir buat rakyat.

Katanya, berdasarkan kajian penganalisis politik tiada mana-mana parti yang akan mendapat 112 kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan, sebaliknya perlu bergabung dengan mana-mana parti.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo