MUAR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akui sehingga kini Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih berhubung dengannya kerana dianggap sebagai 'bapa' dalam bidang politik.
Beliau berkata, Syed Saddiq ada menghantar mesej kepadanya melalui WhatsApp mendoakan kemenangannya di Pagoh.
"Pasal dia lihat saya ini sebagai bapa sampai hari ini pun dia ada hantar WhatsApp doakan saya menang di Pagoh
"Saya pun begitu juga nak doakan dia menang di Muar," katanya semasa berucap di Ceramah Parlimen Muar di Padang Bukit Mor, Parit Jawa.
Bagaimanapun,
Muhyiddin berkata, secara dasarnya beliau mahu calon PN Muar, Abdullah Husin menang Muar.
"Bahasanya gitu. Tetapi 'nawaitu' kata menangkan Abdullah sebab PN. Tak apalah tak usah cerita," katanya.
Muhyiddin juga berkata, beliau yang membawa Syed Saddiq masuk menyertai politik semasa melantik menjadi Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau akui Syed Saddiq merupakan seorang yang cerdik dan anak didiknya.
"Syed Saddiq ini anak didik saya. Cerdik. Waktu awal-awal dulu dia tidak masuk politik pun.
"Waktu saya tubuh Bersatu saya tengok anak ini bagus... saya kata datang sini, jangan pergi London dulu untuk belajar sana. Duduk sini dan saya nak lantik dia Ketua Pemuda Bersatu," katanya.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, selepas itu Syed Saddiq keluar Bersatu dan tubuh parti Muda.
"Itu mukadimah permulaan (Syed Saddiq) masuk politik. Entah macam mana lepas itu macam-macam jadi dia terkeluar daripada Bersatu.
"Dia kata nak tubuh parti Muda, dia tanya saya boleh tak tubuh. Pasal dia lihat saya ini sebagai bapa sampai hari ini," katanya.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment