NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Saddiq Kini Jadi Beban, Liabiliti PH


Mahkamah Tinggi memerintahkan penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela diri atas pertuduhan pecah amanah.

Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan bekas Ketua Pemuda Bersatu itu.

Penganalisis politik berpendapat isu mahkamah menyelubungi Syed Saddiq akan mempengaruhi kempen Muda dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Memang benar. Syed Saddiq kini liabiliti kepada PH dan muda dan jika beliau berjiwa besar tentu tidak menawarkan diri bertanding pada 19 November ini.

Tidak semestinya kerana pendakwaan mahkamah, tetapi kerana keceluparannya mengutuk pemimpin BN yang berdepan pendakwaan politik selepas PH berkuasa.

Dalam istilah bahasa Melayu ‘senjata makan diri’ atau ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Dulu sedap mengata orang, kini mendakwa dirinya berdepan dengan pendakwaan politik:

21 Julai 2021: Parti MUDA menyifatkan pendakwaan Presidennya Syed Saddiq Abdul Rahman bersifat politik.

Tentu semua masih ingat bagaimana Syed Saddiq menyatakan Orang Melayu tidak sepatutnya mendampingi sesiapa yang terbabit dengan kegiatan rasuah.

Kata-kata yang ditujukan kepada pemimpin BN yang berdepan pendakwaan mahmamah sedangkan semua sedia maklum apa yang sebenarnya dihadapi pemimpin BN.

Justeru, Syed Saddiq wajar berpegang kepada kata-katanya dan dengan sendirinya menjauhkan dirinya daripada orang Melayu.

Dia perlu juga berpegang kepada kata-katanya rakyat mesti tolak pemimpin makan rasuah, salah guna kuasa bagi membersihkan politik negara.

Syed Saddiq, 29, berdepan empat tuduhan, iaitu didakwa bersubahat dengan Rafiq yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta dan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Penyandang kerusi Parlimen Muar itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, antara 8 hingga 21 April 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang, masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya, hasil aktiviti haram.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo