NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Surat Sokongan Zahid Hamidi kononnya mewakili 30 MP BN kepada Anwar Ibrahim tersebar







Surat ini tersebar di media sosial...

Jika surat ini ternyata benar maka terbuktilah bahawa Zahid Hamidi adalah penderhaka kepada YDPA kerana telah menipu pihak Istana.

Ini juga terbukti bahawa ada dikalangan MT UMNO sendiri bermain sandiwara dengan ahli UMNO dan menipu membuat keputusan berlainan dengan apa yang diputuskan oleh ketetapan UMNO dalam PAU 'No Anwar' dan 'No DAP'.

Zahid dan beberapa MT UMNO telah bersubahat menipu 30 MP UMNO lain atas keputusan sokongan untuk menjadi PM.

Zahid sanggup merobekkan UMNO demi politik kroni mereka. Apa yang nak jadi kepada UMNO tidak dihiraukan, asal janji dengan Anwar mereka terselamat.

---
Patutlah UMNO tak jumpa Agong secara individu takut konspirasi ini terdedah.

Ahli-ahli UMNO perlu meminta Zahid Hamidi dan MT UMNO membuat penjelasan atas perkara ini. Ahli UMNO jangan mendiamkan diri demi masa depan UMNO.



Komen: ..Semoga Allah berikan kesedaran kepada ahli UMNO untuk membetulkan UMNO kelandasan yang benar sebelum UMNO BERKUBUR... 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...







No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo