NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sungai Semenyih, Sungai Langat catat paras bahaya



KUALA LUMPUR: Dua sungai di Selangor direkod melebihi paras bahaya, manakala dua lagi berada di paras amaran.

Laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran setakat jam 8.15 malam tadi memaklumkan aras Sungai Semenyih di Pekan Bangi Lama di Hulu Langat menunjukkan bacaan 17.14 meter (m) melepasi paras normal 13.70m.

Sungai Langat di Jenderam Hilir di sepang pula merekodkan bacaan 11.17 m melepasi paras normal 7.40m.

Sementara di Pulau Pinang, Sungai Junjung di Simpang Empat, Seberang Perai Selatan turut melebihi tahap waspada pada aras 3.14m dengan trend menurun.

Dua sungai di Sarawak, masing-masing di Mukah dan Balingan juga melebihi tahap waspada iaitu di Kuala Balingian, Mukah (1.09m) dengan trend menaik dan Mid Sungau Kuap, Samarahan (3.03m) dengan trend menurun.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan keadaan banjir di Johor semakin pulih apabila semua mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah pulang ke kediaman masing-masing.

"Sehingga jam 8 malam hari ini, semua PPS di negeri Johor sudah pun ditutup," katanya.

Bagaimanapun, empat PPS iaitu masing-masing dua di Perak dan Selangor masih dibuka membabitkan mangsa banjir di Larut Matang dan Selama di Perak dan Klang di Selangor.

"Sebanyak 63 keluarga terdiri daripada 199 mangsa masih berada di dua PPS di Perak, manakala 47 keluarga membabitkan 135 mangsa berada di dua PPS di Klang, Selangor," katanya melalui kenyataan di Twitter.


Sumber I BH Online






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo