Semua pembaca diminta solat hajat bagi membuka hati pihak yang tidak mahu perpaduan ummah pagi esok.
Seruan solat hajat itu dibuat kepada semua pembaca yang membaca artikel ini, ahli PAS termasuk Umno, Bersatu dan parti lain yang inginkan perpaduan ummah terlaksana di negara ini.
“Kita tak putus harap, kita masih ajak untuk kita bersatu kerana ia adalah perintah Tuhan, jadi kita dah usaha ajakan ini.
“Jadi sekarang ni yang boleh ubah hati adalah Allah maka kita ajak
lah ahli-ahli kita doa pada Allah supaya diubah hati-hati orang yang tak
mahu agenda perpaduan ummah supaya mereka kembali dan bersetuju dengan
usaha suci yang kita sedang jalankan bagi membentuk suatu kerajaan yang bersih, cekap dan adil bersama dengan Islam.
Solat hajat perlu diadakan di semua cawangan parti seluruh negara, di rumah atau dimana sahaja anda berada.
ALLAH s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku, bertanya kepadamu mengenai Aku (katakan) sesungguhnya Aku dekat. Aku menyahut doa orang berdoa, tatkala dia berdoa kepada-Ku, justeru sahutlah seruan-Ku.”
Antara hakikat kelebihan berdoa, hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan lain-lain, bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Qadak itu tidak dapat ditolak melainkan dengan doa.”
Selain itu Nabi s.a.w. juga menerangkan: “Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku atau kejadian yang belum berlaku. Oleh itu wahai hamba Allah, hendaklah kamu berdoa.”
Alangkah tepatnya bandingan yang dikemukakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal menerusi kitabnya Al-Zuhd, riwayat ke-371 tentang hakikat doa. Beliau berkata bahawa keperluan hamba kepada doa ini tidak ubah seperti seorang manusia yang hampir-hampir lemas di lautan, lalu dia memperolehi sebatang kayu untuk menyelamatkannya daripada karam. Beliau lantas mengucapkan, “Ya Rab… ya Rab!” Maka Allah s.w.t. dengan ihsan-Nya yang tinggi mampu menyelamatkan hamba tersebut daripada musibah itu.
JANGAN LUPA SOLAT SEMUA UNTUK 30 MP YANG HADIR TERBUKA HATI NAK TEGAKKAN ISLAM....
NASIR RAMLEE
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment