NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sidang Parlimen tidak boleh dijalankan tanpa PM - Wan Junaidi


KUALA LUMPUR:
Parlimen hanya boleh berfungsi dengan adanya Perdana Menteri, maklum bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya, walaupun kuasa memanggil sidang Parlimen itu di bawah Yang di-Pertuan Agong, baginda berbuat demikian atas nasihat jemaah menteri yang dilantik Perdana Menteri, yang harus dilantik terlebih dahulu.

“Negara ini ditadbir eksekutifnya oleh Yang di-Pertuan Agong yang mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, dan Perdana Menteri tidak boleh menasihat secara peribadi, maka beliau perlu tubuhkan Kabinet dahulu.

“Apabila, atas cadangan Perdana Menteri, jumlah menteri-menteri yang bakal dilantik menjadi ahli Kabinet itu dipersetujui oleh Duli Tuanku (Agong), Kabinet itu akan menasihatkan baginda untuk memanggil Parlimen bersidang di bawah Artikel 55,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.

Di samping itu, menurut Wan Junaidi lagi, peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan, perlu ada Ketua Majlis dan Timbalan Ketua Majlis, yakni Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, yang mesti dilantik sebelum bersidang.

Dalam kes seperti ketika Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, di mana tiada Timbalan Perdana Menteri, salah seorang daripada Menteri Kanan boleh memainkan peranan itu.

Dua individu ini, kata Wan Junaidi, penting dalam Parlimen kerana ada kuasa-kuasa tertentu yang perlu dilaksanakan bersama dengan Yang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat.

“Apabila hendak memanggil Parlimen (bersidang), dua orang ini mesti wujud. Jadi, dengan sendirinya kita tak boleh mendahulukan persidangan Parlimen, diikuti pelantikan Perdana Menteri kemudian,” jelasnya.







Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo