Unit 8200 melalui sejarah yang panjang, kewujudannya baru disedari beberapa dekad yang lalu. Unit 8200 adalah antara pasukan yang membawa kepada tertubuhnya Israel pada 1948.
Dikenali sebagai nama 515 pada masa itu, ia dibina dengan tujuan untuk mengodam talian telefon kaum Arab. Pada 1956, tahun perang kedua antara Israel dan negara jiran, ia sekali lagi ditukarkan nama menjadi 848.
Perang Yom Kippur membabitkan serangan dari Mesir dan Syria pada tahun 1973 menyaksikan kegagalan yang paling besar dalam sejarah teknologi risikan Israel. Salah seorang perisik Unit 848 telah ditawan oleh Syria dan telah membocorkan maklumat penting agensi risikan Israel.
Tragedi terbabit telah membawa kepada perubahan secara penuh Unit 848 dan digantikan dengan nama Unit 8200. Disebabkan sejarah lampau yang mengajar Israel betapa pentingnya melindungi maklumat yang diperoleh, Unit 8200 berfungsi secara senyap sehingga jabatan lain tidak tahu apa yang dilakukan oleh mereka.
Selain daripada itu, Israel juga tidak mahu bergantung harap pada teknologi Amerika Syarikat.
Jadi pembinaan Unit 8200 dititik beratkan sehingga unit ini berdiri setaraf dengan Mossad, di mana jumlah kakitangan bertambah dan misi yang berkembang dalam dunia yang didorong oleh Internet.
Pada 2016, Forbes melaporkan bahawa 90% teknologi risikan Israel datang daripada Unit 8200.
Apa Unit 8200 Buat?
Netanyahu sering mengatakan bahawa Israel terletak berhampiran dengan jiran-jiran yang ekstrem. Jadi ia memerlukan satu pasukan yang tidak hanya tertumpu kepada perang konvensional – darat, laut dan udara – tetapi juga medan siber.
Selain itu, ancaman daripada Iran dan beberapa negara lain yang mempunyai kemampuan siber yang hebat juga telah menakutkan Israel.
Beberapa tahun yang lalu, “hacktivists” pro-Palestin yang dikelompokkan di bawah panji #OpIsrael telah menyasarkan laman web kerajaan Israel dan sistem komputer institusi awam.
Contohnya serangan pada tahun 2013 jatuh pada Hari Peringatan Holocaust, dan dalam serangan itu, beberapa penggodam telah mengancam untuk menyerang “Holocaust elektronik”.
Tambahan daripada itu, menurut penganalisis perisikan, tugas Unit 8200 sama dengan National Security Agency (NSA) atau Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan Britain, ia merangkumi segala cara untuk menganalisis maklumat di domain awam hingga penggunaan operator manusia dan risikan isyarat khas. Wilayah geografinya pula disasarkan di luar Israel, termasuk Palestin.
Seiring bergeraknya masa, fokus Unit 8200 kini adalah perlombongan data dan kemampuan untuk mengkaji maklumat yang banyak bagi mendapatkan beberapa idea mengenai ancaman yang bakal datang.
Dalam temubual Financial Times dengan salah seorang profesor di Tel Aviv Universiti, dia berkata bahawa Unit 8200 akan cuba mendapatkan maklumat yang raw dan fresh bagi memahami segala macam bentuk ancaman dan risikan yang diperoleh.
Dan pada 2010, Media perancis pernah melaporkan bahawa Unit 8200 mempunyai kemampuan untuk memantau panggilan telefon, e-emal dan komunikasi di seluruh Timur Tengah, Eropah, Asia dan Afrika serta kemampuan mengesan kapal perang. Ia juga dilaporkan telah melakukan aktiviti risikan secara senyap di beberapa negara luar termasuk wilayah Palestin.
Pemilihan
Pada peringkat permulaan, para remaja akan didedahkan dengan Magshimim, program tiga tahun yang mensasarkan pelajar lepasan sekolah dari umur 16 tahun sehingga ke 18 tahun. Program ini bertujuan untuk mencari potensi dalam diri para remaja di Israel dengan kemahiran coding dan penggodaman komputer. Magshimim juga dibina untuk membantu remaja yang datang dari keluarga miskin di selatan dan utara Israel.
Program Magshimim dibiayai penuh oleh kerajaan Israel dan Rashi Foundation. Untuk masuk ke dalam program ini, para remaja – perempuan dan lelaki – akan di soal selidik, diikuti dengan ujian serta kemahiran berfikir di luar kotak. Financial Times melaporkan dari 1,400 anak yang berdaftar di bawah program ini pada tahun 2014, hanya 500 sahaja yang terpilih.
Selain itu, ia juga berfungsi sebagai pusat untuk Israel Defence Forces (IDF) merekrut bakat baru yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam Unit 8200.
Tetapi Magshimim bukanlah tiket untuk masuk secara automatik ke Unit 8200, namun kebanyakan daripada mereka yang dipilih untuk menyertai Magshimim mempunyai peluang yang besar untuk diserap masuk ke dalam Unit 8200.
Difahamkan, di akhir pembelajaran program Magshimim, para remaja akan menerima jemputan untuk ditemuduga sebelum menyertai IDF.
Temuduga itu pula bukan dilakukan oleh pegawai tinggi tetapi oleh ahli Unit 8200 yang berumur awal 20-an, di mana mereka akan mencari remaja yang mampu untuk mengambil alih pekerjaan mereka.
Apa yang diperlukan untuk masuk ke dalam Unit 8200? Kemahiran matematik, komputer dan bahasa asing adalah kelebihan besar, tetapi apa yang lebih penting adalah kemahiran berfikir secara pantas, mampu menyesuaikan diri serta mampu untuk mengatasi setiap masalah yang dilihat orang sebagai sesuatu yang mustahil.
Hasilnya ialah kebanyakan alumni Unit 8200 telah mengembangkan kemahiran dan pengalaman mereka membina beberapa syarikat terkemuka di dunia. Antaranya adalah CheckPoint, Imperva, Nice, Gilat, Waze, Trusteer, dan Wix yang semuanya mempunyai akar dan pengalaman yang lama bersama IDF.
Bagi alumi Unit 8200, fokus mereka kini bukan sahaja untuk mengabadikan kenangan semasa berkhidmat bersama IDF tetapi untuk memanfaatkan kemampuan mereka bagi mengembangkan perniagaan dan kemahiran mereka untuk membina Israel yang lebih kuat.
Bagaimanapun, kejayaan menggodam 120 laman web Israel oleh penggodam di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh The Vocket masih boleh diraikan, tetapi Unit 8200 sudah pasti tidak akan berdiam diri dan Malaysia perlu bersedia dengan segala kemungkinan.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment