NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siapa sumber maklumat PAS? Banyak maklumat awal PAS tepat... kamu mesti ambil tahu


Kita tak lupa kenyataa Takiyuddin SUA PAS berkata PAS tidak menolak kemungkinan Perikatan Nasional (PN) akan membentuk kerajaan dengan BN sekiranya mereka gagal membentuk kerajaan secara bersendirian dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata PN tidak akan sesekali membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menguasai Putrajaya.

“Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain termasuk BN.

Selepas itu orang pun marah kepada Takiyuddin. Muhyiddin kata dia tak beri mandat untuk Takiyuddin menyatakan penderian itu. Tok Guru Hj Hadi cover kemudian... PAS tak akan bergabung dengan BN.

Saya sendiri memang bengang dengan Taki atas 2 perkara pertama sebelum PRU-15 dia ada buat kenyataan dengan 27 kawasan genting UMNO-PAS boleh mengalahkan PH. (Tapi nak buat macam mana UMNO tamak akhirnya mereka tercicir dengan strategi ini)

Kedua pasal bergabung PN-BN bentuk kerajaan. Taki terlalu 'laju' mengeluarkan maklumat strategi PAS. Pengundiaan belum lagi mula, baru 15 November 2022 Taki dah cakap macam ini. Sedangkan Pengundiaan 19 November 2022... Apa pasal Taki cakap macam ini? Engkau orang Taki giler ke?

Ok kerana perkara ini berlalu, mari saya buka fikiran pembaca. Sebenarnya PAS ada maklumat PN-BN kena bergabung untuk :-

1.  Bentuk Kerajaan Malaysia
2.  Bentuk Kerajaan Perak
3.  Bentuk Kerajaan Pahang

Yang aku benci pasal engkau bocor maklumat ini Taki?
Satu lagi siapa yang boleh meramalkan tepat untuk PAS? Ini engkau kena baca lagi tulisan santai aku ini...


Sebelum ini SUA buat hal, Ini Presiden PAS bual hal pulak. Kalau saya kutuk lebih-lebih 'mampus' aku kena belasah.

FMT menyiarkan...

PAS president Abdul Hadi Awang has declared victory for Perikatan Nasional in the general election despite there being well over 100 seats still to call.

In a statement tonight, he claimed that unofficial results had seen PN, comprising PAS, Bersatu and minor parties, had notched a “comfortable” victory.

However, official and unofficial results show PN to have won only 27 seats as of the latest count. The threshold needed to be met in order to form the federal government is 112.

Hadi said: “This victory is the result of the cooperation between all PAS members and friends in PN who have worked hard since the beginning. On behalf of the entire party leadership, I express my gratitude to all Malaysians who have trusted PAS and PN to govern the country once again.”

Pada masa ini keputusan rasmi diketahuai adalah 112 kerusi, masih belum ketahuai 100 kerusi lagi. PN masa ini baru dapat 27 kerusi sedangkan PH dapat 33 kerusi. Tiba-tiba Abdul Hadi isytihar kita dah memang dengan gabungan parti penyokong PN.

Adakah Abdul Hadi 'sakit' masa ini?
Tidak bermakna PAS ada maklumat yang sangat baik dan boleh dipercayai bukan macam INVOKE Rafizi kencing pengundi dan penyokong. Bukan macam Ilham Center dan Merdeka Center (yang ni saya akan ulas kemudian).

Ok. Siapa sumber maklumat PAS.
Masa Abdul cakap, orang pun tak percaya. psikolah... dan lain-lain. Pak Lebai nyanyuk. Tapi bagi ahli PAS ini kata-kata ulama. Ulama sentiasa ada pentunjuk yang Allah ilham kan melalui banyak sebab dan banyak keadaan.

Saya tutup di sini dengan pertanyaan siapa ada mklumat yang sehebat ini yang bantu Presiden PAS?


2 yang saya beri di atas, semuanya dah terjadi.
Satu ini belum lagi terjadi... adakah ini benar? Kita akan tahu hari ini 2 petang nanti Insya-Allah.




Presiden PAS ada membuat orang tertanya-tanya....

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan gabungan berkenaan menunggu jemputan Istana Negara pada bila-bila masa sahaja.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata, PN juga telah memperoleh jumlah sokongan Ahli Parlimen melebihi daripada majoriti yang ditetapkan.

“Tunggu dijemput, diundang bila-bila masa sahaja. Ya tunggu sahaja.

“Sudah cukup (sokongan Ahli Parlimen), melebihi daripada cukup. Insya-Allah,” katanya kepada pemberita ketika meninggalkan kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini.

Yang ini kita belum tahu lagi pasal belum berlaku.
Agak kamu Presiden PAS ni bercakap dalam keadaan 'khoyal'?

Insya-Allah kamu akan tahu sebenarnya dibelakang PAS ada manusia-manusia yang begitu inteligen pemikirannya dan begitu pakar dalam kerja buatnya. Jangan kamu sinis dengan Pak Lebai.. kupiah dan Jubah. Nanti yang bodoh sebenarnya kamu. Tidak rugi sedikit pun manusia yang merendah diri untuk Tuhan PenciptanNya.

NASIR RAMLEE







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )
  1. Masih belum menjawab siapa sumber maklumat itu. Adakah artikel ini ada sambungan?

    ReplyDelete
  2. Makna Hari PN jadi kerajaan?

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo